Talak sah dilakukan secara terus (tanjiz) dan juga secara tergantung (ta’lik). Talak ta’lik bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, samada sifat atau syarat itu mempunyai hubungan dengan isterinya atau tidak.
Contohnya, suami mengaitkan jatuh talak dengan datangnya seseorang ke rumah mereka atau mengaitkan talak dengan tindakan tertentu yang dilakukan isterinya atau orang lain, seperti yang berikut :
3. Aku ceraikan kamu jika kamu keluar dari rumah ini.
4. Aku ceraikan kamu kalau abang kamu masuk ke dalam rumah ini.
1. Talak tidak akan jatuh selagi perkara atau syarat yang dikaitkan dengan talak itu masih belum berlaku.
2. Suami-isteri masih boleh terus hidup bersama selagi perkara atau syarat yang dikaitkan dengan talak itu masih belum berlaku.
3. Talak akan jatuh sebaik sahaja perkara atau syarat yang dikaitkan dengan talak berlaku.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment